1) Program Promosi PI dan Dashboard Komuniti PI

(Taklimat kesihatan & i-health)

Tarikh : 8 dan 15.2.2018

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 Orang 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu berkaitan kesihatan

  1. Bagi modul Myhealth, semua peserta dapat memeriksa tekanan darah dan berat serta dapat merekod bacaan setiap kali membuat pemeriksaan. Peserta dapat melihat rekod pemeriksaan mereka menerusi modul Myhealth yang dipaparkan dalam Dashboard Komuniti.

Gambar Disini

 

2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (word & excel) & Online (emel)

Tarikh : 3, 4, 10, 11, 12, 19 dan 24.2.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari & 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 68 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk carta pai, carta bar, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
  1. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Excel dimana mereka menghasilkan sifir untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penggunaan internet menggunakan carian enjin seperti internet explorer dan google chrome. Seterusnya peserta turut mempelajari fungsi dan cara-cara menggunakan emel seperti menghantar (attach & send) dan menerima emel.

Gambar Disini

 

3) Kelas Keusahawanan

Tarikh : 1 & 6, 8, 11, 23 dan 27 Februari 2018

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari & 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 15 Orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT.


Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan kertas kerja, buku program serta teks ucapan untuk majlis atau program yang mereka uruskan. Peserta turut belajar menghasilkan surat rasmi serta meningkatkan tahap kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word.

  1. Peserta (usahawan) belajar menggunakan perbankan online supaya memudahkan mereka melihat akaun keluar masuk perniagaan mereka. Peserta lepasan SPM diberi pendedahan untuk membuka laman web rasmi kerajaan seperti laman web permohonan kemasukan ke universiti untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan mereka dan seterusnya memohon universiti yang berkaitan.

Gambar Disini