Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3 telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2021 yang membabitkan 1,600 penerima vaksin melibatkan penduduk Felda Jengka Tiga, Felda Jengka Dua dan Felda Ulu Jempol. Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, empat buah bas digunakan untuk program Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) selain menggunakan dewan sebagai tempat pemberian vaksin. Bas terbabit mempunyai tujuh stesen suntikan iaitu tiga di tingkat bawah dan empat di tingkat atas serta mampu menampung sehingga 1,120 penerima vaksin sehari. Program tersebut berjalan dengan lancar dengan kerjasama petugas kesihatan, para sukarelawan, pelbagai NGO, pasukan beruniform dari Anggota Polis, Bomba dan RELA.
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- 2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- 4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- 5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- 6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Klinik Desa Jengka 3
Klinik Desa Jengka 3
26400 Bandar Jengka, Pahang
Tel : 09-4766099
Waktu Operasi : 8.00am - 5.00pm ( Isnin hingga Jumaat )
Klinik Kesihatan Jengka 2
Klinik Kesihatan Jengka 2 merupakan klinik kesihatan yang paling hampir dengan Felda Jengka 3 yang mempunyai perkhidmatan lebih meluas seperti pemeriksaan kesihatan harian, Kes Kecemasan, Klinik Ibu dan Anak, Farmasi, Makmal dan lain-lain. Komuniti sekitar Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Ulu Jempul, Sg jerik dan sekitar yang menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan ini.
Klinik Kesihatan Jengka 2
26400 Bandar Jengka, Pahang
Tel : 09-4764320
Tel (kecemasan) : 010-8439355
Waktu Operasi : 8.00am - 5.00pm ( Isnin hingga Jumaat )
Hospital Jengka
Hospital Jengka merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bandar Jengka, yang memiliki 70 buah katil bagi merawat pesakit wad. Ia juga merupakan salah sebuah hospital mesra bayi
Hospital Jengka
26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang
No Tel : 09-4662333
Faks : 09-4663215
website : http://www/hjengka.mohr.gov.my
Klinik Malaysia Bandar Jengka
No 6 Lorong Zamrud 2, Nadi Kota
26400 Bandar Jengka, Pahang
No Tel : 09-4661935
Klinik Kesihatan yang terletak di Bandar Jengka antara klinik yang menjadi tumpuan penduduk setempat.Terletak kira-kira 18.3 km dari Felda Jengka 3, klinik ini menyediakan rawatan harian, susulan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, rawatan pergigian serta klinik ibu dan anak.
Waktu operasi
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu dan Ahad : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Rehat
Isnin - Khamis : 1.00 -2.00 petang
Jumaat : 12.15 - 2.45 petang