Masjid Jamek As-Solihin Jengka 3

Masjid As-solihin Jengka 3 ini telah ditubuhkan pada tahun 1970-an sejajar dengan pembukaan Tanah Rancangan Felda Jengka 3 ini. Pelbagai inovasi telah dibuat semenjak penubuhannya dari segi rekabentuk dan keluasan bangunan. Masjid ini dapat menampung seramai 1000 jemaah. Pelbagai program dan aktiviti diadakan di Masjid ini seperti Solat Harian, Solat Jumaat, Solat Hari Raya, Solat Jenazah, Program Korban, Jamuan Puasa, Pembelajaran Tajwid & Kitab, Kursus Haji & Umrah, Acara Nikah, Kenduri Arwah, Ceramah Agama dan sebagainya

Facebook : https://www.facebook.com/Masjid-As-Solehin-Felda-Jengka-3-762559577161546/?fref=ts

masjidjengka3.blogspot.sg.

 


 

Perhentian Bas Jengka 3

Perhentian bas ini telah dibaikpulih dan diperbaharui oleh Majlis Daerah Maran pada 2010. Ia adalah perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan komuniti Jengka 3 dan merupakan tempat hentian bas laluan Jengka - Kuantan dan bas laluan Jengka - Temerloh.

 


 Taman Rekreasi dan Permainan Kanak-kanak

Taman rekreasi dan permainan kakank-kanak ini terletak berhampiran kawasan perumahan kakitangan Kilang Sawit Jengka 3. Ia merupakan kawasan permainan kanak-kanak kawasan sekitar.

 


 

Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3

Dewan ini terletak berhampiran pintu masuk ke Felda Jengka 3 dan bersebelahan Padang Bola Sepak Jengka 3. Pelbagai program, aktiviti dan pertandingan telah diadakan di sini. Ini kerana dewan ini dapat memuatkan lebih kurang 1000 orang. 

 


 

Pusat Khidmat Masyarakat

 

Pusat Khidmat ini telah didirikan di Jengka 3 bagi memudahkan masyarakat sekitar terutamanya kawasan DUN Kuala Sentul yang meliputi Jengka 3, Jengka 2, Jengka 4, dan Sungai Jerik untuk berurusan dengan wakil rakyat.

Alamat : Lot A1 Kawasan Perniagaan Kedai MARA Jengka 3

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:30 pagi - 4:00 petang)

            Sabtu (8.30 pagi - 1.00 petang)

No Hp : 01118603132

 


 

Pejabat Penghulu Mukim

Pejabat Penghulu Mukim ini telah ditubuhkan pada tahun 2012. Ia dibina bagi urusan kependudukan kawasan Mukim Chenor.

Waktu Berurusan : Isnin - Jumaat (8:30 pagi - 5:00 petang)

 


Pejabat FELDA Jengka 3

Pejabat Felda ini ditubuhkan sejajar dengan pembukaan Tanah Rancangan Felda Jengka 3. Terdapat lebih 10 orang kakitangan yang berkhidmat dalam organisasi ini. Ia merupakan tempat berurusan masyarakat berkaitan Penduduk, Ladang Sawit, Ternakan, Tanah dan gaji peneroka Felda Jengka 3. 

Waktu Berurusan : Isnin - Jumaat (8:30 pagi - 5:00 petang)

 


 

Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC)

Pusat CCSC ini adalah organisasi di bawah penyeliaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri. Ia ditubuhkan untuk memulihkan  mereka yang mempunyai masalah penagihan dadah. Pusat ini mempunyai 4 orang kakitangan yang bertugas dan 12 orang penghuni

No Tel : 09-4764124

Faks : 09-476412

Website : www.adk.gov.my

 


Perkhidmatan Mesin ATM (Maybank)

Mesin ATM (Maybank) ini telah beroperasi pada Jun 2015. Mesin ini terletak berhampiran Pejabat Felda Jengka 3.


 

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Felda Jengka 3

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang terletak di Rumah Rakyat Felda Jengka 3 ini ditubuhkan untuk kemudahan orang ramai terutamanya Warga Emas sekitar Jengka 3. Pelbagai aktiviti diadakan setiap minggu seperti ceramah agama, kelas fardhu ain, kelas marhaban, gotong-royong dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan seperti alat senaman yang boleh digunakan oleh warga emas setempat. Aktiviti yang diadakan adalah mengikut jadual seperti berikut :

HARI AKTIVITI
ISNIN  -
SELASA KELAS IQRA'
RABU          AKTIVITI LUAR (BERKEBUN, GOTONG ROYONG)
KHAMIS KELAS FARDHU AIN
JUMAAT KELAS MARHABAN

   

Gelanggang Sukan Pelbagai Guna Felda Jengka 3

Gelanggang sukan pelbagai guna yang disediakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia ini menyediakan padang futsal, padang bola jaring serta taman permainan kanak-kanak. Gelanggang sukan ini amat bermanfaat untuk kegunaan komuniti setempat untuk mereka melakukan aktiviti riadah dan bersukan di masa lapang.

 


  

Taman Permainan Kanak-Kanak JKKK Felda Jengka 3

Taman Permainan Kanak-kanak yang disediakan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Jengka 3 ini dibina untuk kemudahan orang ramai membawa anak-anak untuk melakukan riadah di waktu petang. Lokasi Taman Permainan ini terletak berhampiran Pusat Internet Felda Jengka 3.

 


  

Pasaraya D'Mart Segi fresh

Pada 18 Mei 2024 baru-baru ini Yang Berhormat Senator Hajah Fuziah binti Salleh telah merasmikan D'Mart Segi Fresh yang kini telah berwajah baru dan lebih banyak pilihan barangan. Pelbagai barangan basah seperti ikan, daging, sayur, buah dan lain-lain. Barangan kering seperti gula, tepung, sabun dan banyak lagi serta terdapat juga pelbagai jenis barangan sejuk beku seperti nugget, karipap, prata dan lain-lain. Pasaraya ini juga menyediakan kad ahli kepada pengunjung untuk mendapat lebih banyak potongan harga. Setiap bulan D'Mart Segi Fresh ini turut membuat promosi potongan harga bagi barangan tertentu.

Waktu Operasi : setiap hari 8.00 pagi - 8.30 malam

No Tel : 012-5863431