1) Program Promosi PI dan Dashboard Komuniti PI

Tarikh : 6,8, 22 dan 23.3.2018

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi & 10.30 pagi – 11.30 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 Orang 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.

  1. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3.
  2. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Peserta juga diminta mencuba untuk membuat hebahan atau aduan yang berkaitan.
  1. Petugas PI turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Peserta yang mempunyai produk diminta untuk memuatnaik produk mereka ke myshop.
  1. Modul Myplace turut diperkenalkan juga kepada peserta dimana mereka dapat berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Jengka 3 seperti homestay, tempat makan, tempat ibadah dan sebagainya. Peserta yang mempunyai maklumat berkaitan tempat yang menarik sekitar Jengka 3 diminta untuk memuatnaik maklumat tempat tersebut.
  1. Bagi modul Myhealth, semua peserta dapat memeriksa tekanan darah dan berat serta dapat merekod bacaan setiap kali membuat pemeriksaan. Peserta dapat melihat rekod pemeriksaan mereka menerusi modul Myhealth yang dipaparkan dalam Dashboard Komuniti.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan (Emel & E-Kerajaan)

Tarikh : 8,13 dan 29.3.2018

Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 30 Orang (20 tahun ke atas) 

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti www.public.moe.gov.my


Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer dan google chrome untuk mencari maklumat/info.

  1. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran bagi urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta juga diberi pendedahan dan tatacara untuk membuka laman web rasmi kerajaan seperti www.public.moe.gov.my bagi pendaftaran online Tahun 1 sesi 2019 dan 2020.

Gambar Disini

 

3) Program Kategori : 18 tahun ke bawah (SK & SMK)

Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (word &power point) & Online (emel)

Tarikh : 3, 4, 10, 20 dan 23.3.2018

Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : Lebih kurang 45 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk carta pai, carta bar, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
  1. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Power point dimana mereka mereka slide untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penggunaan internet menggunakan carian enjin seperti internet explorer dan google chrome. Seterusnya peserta turut mempelajari fungsi dan cara-cara menggunakan emel seperti menghantar (attach & send) dan menerima emel.

Gambar Disini