1) Program Hari Bersama Komuniti PI

-Taklimat KDB, Mobile e-waste, Dashboard Komuniti, fotografi produk, pemeriksaan kesihatan, kuiz dll

Tarikh : 30.4.2018

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi : Perkarangan Pusat Internet Felda Jengka 2

Jumlah Peserta : 230 Orang 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk mempromosi PI, memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti My Komuniti, My Soal, My Skool, My Shop, My Health, My Place dan lain-lain.

Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang Klik Dengan Bijak, laman sesawang Sebenarnya.my serta kepentingan Mobile e-waste.


Aktiviti

Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Kemudian disusuli dengan aktiviti senamrobik, sukaneka, dan pelbagai kuiz/pertandingan di booth PiM.Seterusnya taklimat Klik Dengan Bijak diberi penjelasan oleh petugas PI untuk memberi kesedaran tentang penggunaan internet (klik Dengan Bijak) tip-tip melayari internet dengan bijak, juga mewar-warkan laman sesawang Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet.

  1. Kemudian, petugas PI turut menerangkan tentang kepentingan dan bahaya e-sisa kepada pengunjung. Cara-cara memeriksa โ€˜check your labelโ€™ juga diselitkan. Pelbagai soalan dan kuiz turut diberikan sepanjang penerangan tersebut.
  2. Bagi sesi Taklimat Dashboard Komuniti, petugas PiM memberi penjelasan tentang pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti, MySoal, My Skool, Myhealth, dan Myplace. Petugas PiM turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Beberapa peserta menjalani sesi fotografi produk untuk dimuat-turun dalam Myshop.
  1. Bagi slot usahawan contoh pula, Pn Zalikah telah diplilih untuk berkongsi tentang kejayaan perniagaannya sebagai usahawan luar bandar yang berjaya. Pada akhir majlis, penghargaan dan hadiah/cenderahati kepada peserta yang memenangi pertandingan serta sebanyak 30 cabutan nombor bertuah telah dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Disini

 

2) Program Promosi PI dan Dashboard Komuniti PI (iHealth)

Tarikh : 3,14,17 dan 29.4.2018

Masa : 10.30 pagi โ€“ 11.30 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 Orang

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Peserta juga diminta mencuba untuk membuat hebahan atau aduan yang berkaitan.

  1. Petugas PI turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Peserta yang mempunyai produk diminta untuk memuatnaik produk mereka ke myshop. Modul Myplace turut diperkenalkan juga kepada peserta dimana mereka dapat berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Jengka 3 seperti homestay, tempat makan, tempat ibadah dan sebagainya. Peserta yang mempunyai maklumat berkaitan tempat yang menarik sekitar Jengka 3 diminta untuk memuatnaik maklumat tempat tersebut.
  1. Bagi modul Myhealth, semua peserta dapat memeriksa tekanan darah dan berat serta dapat merekod bacaan setiap kali membuat pemeriksaan. Peserta dapat melihat rekod pemeriksaan mereka menerusi modul Myhealth yang dipaparkan dalam Dashboard Komuniti.

Gambar Disini

 

3) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (word, p.point & excel) & Online

Tarikh : 1, 7, 14, 21, 22, 28 dan 29.4.2018

Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : Lebih kurang 50 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi untuk kegunaan mereka ketika disekolah.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk carta pai, carta bar, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.

  1. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Power point dimana mereka mereka slide untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, peserta juga didedahkan penggunaan Microsoft excel dengan membuat beberapa sifir dan pengiraan.

Gambar Disini