1) Latihan Keusahawanan (Online & Microsoft Office)

Tarikh : 16, 17, 22, 23, 24, 28 dan 30.5.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 30 orang pelajar SMK dan Belia

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti ikm, politeknik, matrikulasi dan sebagainya.

Aktiviti

Peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer dan google chrome untuk mencari maklumat/info. Peserta belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran bagi urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta juga diberi pendedahan dan tatacara untuk membuka laman web rasmi kerajaan seperti www.mara.gov.my dan www.yp.org.my.


Gambar Disini

 

2) KDB dan Program Ramadhan 1439H

Tarikh : 20 & 26.5.2018  

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 12 Orang (9 hingga 12 tahun)

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk menghayati pengertian Ramadhan dengan menjawab soalan-soalan kuiz berkaitan bulan puasa. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran carian maklumat menggunakan internet agar mereka dapat mengaplikasikannya ketika belajar disekolah. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan kuiz yang berkaitan Bulan Ramadhan untuk menambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan Rukun Islam Ke-3.


Aktiviti

Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak). Peserta diberi pendedahan tentang cara mencari info dan maklumat dengan melayari internet. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Publisher seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Peserta diminta untuk mereka kad ucapan Salam Ramadhan menggunakan template yang telah disediakan. Pelbagai teknik diberikan kepada mereka untuk menghasilkan kad tersebut. Seterusnya peserta menjawab soalan kuiz yang berkaitan bulan Ramadhan (Teka Silang Kata) dalam masa sejam.


Gambar Disini

 

3) Latihan Dashboard Komuniti (Mykomuniti, myshop, myhealth, mysoal dll)

Tarikh : 12, 13, 14, 15 &  26.5.2018

Masa : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 orang (13 tahun ke atas)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PiM iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PiM yang menyediakan satu platform kepada ahli PiM untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Petugas PiM turut memperkenalkan modul-modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti iaitu my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain. Seterusnya, petugas menjelaskan tentang peraturan pertandingan Dashboard Komuniti (myshop) dan peserta-peserta diminta untuk menyertainya dengan menjawab 20 soalan berkaitan myshop.

Gambar Disini