1) Program Bacaan Yaasin, Promosi, Klik dengan Bijak, Ewaste & Dashboard Komuniti (Myhealth)

Tarikh : 6.6.2018

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 25 orang wanita & 40 tahun ke atas

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta untuk belajar menggunakan ICT seperti belajar mengaji dan mendengar ceramah menggunakan youtube.

Selain itu, mereka turut dimaklumkan dengan perkhidmatan lain yang terdapat di PiM seperti ihealth (pemeriksaan kesihatan tekanan darah & berat), Tips Keibubapaan (Klik Dengan Bijak) serta kebaikan Mobile E-waste.

Aktiviti

Petugas mempromosikan keahlian dan menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Pi1M. Majlis bacaan Yaasin diteruskan selama 1jam dan diketuai oleh Puan Radziah Bt Ibrahim.

  1. Majlis diteruskan dengan pendedahan berkenaan Tips Keibubapaan (KDB). Penerangan berkaitan Mobile E-waste diberikan agar peserta dapat informasi berkaitan cara-cara melupuskan bahan elektronik dengan cara yang betul.
  1. Petugas PiM menerangkan berkaitan Dashboard Komuniti, terutamanya iHealth. Semua yang hadir telah berpeluang untuk memeriksa tahap kesihatan terutamanya tekanan darah dan berat badan.Cabutan bertuah disediakan untuk semua yang hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut dan sedikit cenderahati beserta pamphlet diberikan kepada mereka yang hadir.

Gambar Disini

 

2) KDB dan Pertandingan Online Raya

Tarikh : 22 & 23.6.2018  

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 10 Orang (9 hingga 12 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menaip pantas dan kecekapan menyusun gambar raya secara online.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak).

  1. Peserta perlu menaip pantas secara online (www.typingtest.com) mengikut teks dan tempoh masa yang diberikan. Seterusnya, peserta juga perlu menyusun gambar/kad raya secara online (www.jigsawplanet.com) mengikut kecekapan tersendiri. Pemenang dipilih berdasarkan kepantasan menaip serta menyusun gambar-gambar dengan tepat.

Gambar Disini