1) Promosi Pi1M, KDB & Ewaste
Tarikh : 7, 8 dan 28.7.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 36 orang pelajar SK |
Tujuan Program e-waste yang dianjurkan oleh SKMM, - memberi penjelasan tentang kelebihan-kelebihan program e-waste dalam membentuk masyarakat untuk mencintai alam sekitar. Disamping menerangkan bahaya e-sisa kepada kesihatan dan persekitaran.
Aktiviti Peserta diberikan penerangan tentang maksud Klik Dengan Bijak, perkara-perkara yang perlu diingati ketika melayari internet, baik dan buruk penggunaan internet jika tidak berwaspada dan sebagainya.
|
2) Microsoft Office (Word, Publisher) & Online
Tarikh : 1, 7, dan 21.7.2018 & 1, 15, 22 dan 29.7.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari & 3.00 ptg – 4.00 ptg Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : Lebih kurang 48 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, power point dan publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.
Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
|