1) Pertandingan Cross Word, Word Search, Word Scramble & Puzzle Online Raya & Merdeka 2018
Tarikh : 18 & 26.8.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 19 orang pelajar SK & SMK |
Tujuan Pertandingan ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan Hari Raya Korban dan Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun serta meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap perayaan tersebut. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak).
|
2) Kelas Keusahawanan, E-pembelajaran dan Online
Tarikh : 1, 9, 10, 16, 25 dan 29.8.2018 Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 12 orang (18 tahun ke atas) |
Tujuan Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan.
Aktiviti Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info.
|