1) Latihan Dashboard Komuniti (Mykomuniti, Myshop, Myhealth, Mysoal dll)
Tarikh : 10, 15, 27, dan 28.9.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 20 orang ( 18 thn ke bawah)5 orang (dewasa) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3. Aktiviti Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.
|
2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (Word, Publisher) & Online
Tarikh : 1, 8, 10, 15, 17, 22, 23 dan 29.9.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 63 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.
Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
|