1) Kelas Keusahawanan, Ms Office, Movie Maker dan Online
Tarikh : 11, 13, 17 19 dan 23.10.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 10 orang |
Tujuan Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, mencipta video, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online. Aktiviti Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info.
|
2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office, Movie Maker & Online
Tarikh : 6, 7, 13, 20, 27 dan 28.10.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 55 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus. Peserta juga dapat mencipta video menggunakan perisian movie maker mengikut kreativiti mereka. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
|