1) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office dan Online
Tarikh : 5, 6, 13, 20 dan 21.1.2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta :23 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
|
2) Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet 2019
Tarikh : 19.1.2019 Masa : 8.00 pagi - 5.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 124 orang (18 tahun ke atas) |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah untuk mempromosi Pi, meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri, memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain. Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang klik dengan bijak, laman sesawang sebenarnya.my serta kepentingan mobile e-waste. Aktiviti Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Kemudian disusuli dengan aktiviti senamrobik, dan berjalan 1000 langkah. Seterusnya Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan) yang dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Jengka 2.
|