1) Latihan Microsoft Office, Klik dengan Bijak, Mobile e-waste, online dan pertandingan/kuiz
Tarikh : 3, 7, 10, 16, 17, dan 23.2.2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta :80 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 18 tahun) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
|
2) Kelas Keusahawanan ( Perbankan Online, FB, Gmail, Ms Office, e-kerajaan dan Online)
Tarikh : 9, 25, 26, 27 dan 28.2.2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 16 orang (18 tahun ke atas) |
Tujuan Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, mencipta video, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online. Aktiviti Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya.
|