1) Program Myhealth Bersama Pusat Internet Felda Jengka 3

Tarikh : 10.4.2019 & 27.4.2019

Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi & 10.00 pagi - 12.00 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

20 orang (Dewasa, Belia & Warga Emas)

Tujuan

    • Mengeratkan hubungan dan mendekatkan Pi dengan komuniti setempat. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di Pi iaitu Dashboard Komuniti.

Aktiviti

    • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. (Video merancang menu sihat berpandukan piramid makanan & Cara penyimpanan ubat yang betul)

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Online)

Tarikh : 6,15,17,20 dan 24.4.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 13 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

    • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
    • Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, jadual dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan.
    • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi. Peserta melayari e-kerajaan berkaitan SSM dan laman web Hospital kerajaan.

Gambar Disini

 

3) Latihan Microsoft Office (word, publisher dll) & Online

Tarikh : 13, 14, 21 dan 28.4.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  29 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

  • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada peserta. Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan komputer dan internet dengan baik seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.
  • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari perisian Microsoft Word & Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan kerja sekolah atau kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi penerangan berkaitan fungsi dan penggunaan pelbagai jenis perkakasan komputer.

 

Aktiviti

  • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan pelbagai jenis perkakas komputer serta fungsinya seperti tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Peserta diajar berkaitan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
  • Peserta diberi penerangan tentang penggunaan Ms Word. Pelbagai teknik asas menggunakan perisian word diberikan terutamanya menaip, membuat jadual, graf dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  • Peserta juga diberikan pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak iaitu baik dan buruk penggunaan internet dan komputer. Kemudian mereka perlu menjawab soalan berkaitan KDB di Quizizz untuk menguji tahap kefahaman mereka.

Peserta diberi pendedahan untuk menjawab soalan e-pembelajaran melalui laman web Tutortv.com.my (Bahasa Melayu) dan peserta juga perlu melengkapkan permainan atas talian di The Jigsaw Planet untuk melihat tahap kecekapan mereka menggunakan komputer.

Gambar Disini