Inap Desa JPKK Jengka 3 yang terletak berhampiran Rumah Rakyat di Felda Jengka 3 diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sini. Persatuan tersebut telah menyediakan penginapan rumah inap ini sejak beberapa bulan yang lalu. Terdapat satu unit inap desa yang mempunyai 2 bilik dilengkapi 1 katil queen dan 2 katil bujang. Rumah inap ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin di ruang tamu, tandas dan bilik air, seterika, televisyen, tilam dan toto tambahan, dapur, sejadah dan sebagainya. Orang ramai yang datang ke Felda Jengka 3 atas pelbagai urusan memilih untuk menginap disini kerana lokasi yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti Dewan GPW,  mesin ATM, masjid, Pasaraya Segi dan lain-lain.

Diuruskan Oleh : Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Jengka 3

Nama Produk@Syarikat : Inap Desa JPKK Jengka 3

Alamat : Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 017-903 0179 @ 013-381 5739