PRODUK TEMPATAN 1
Nama Produk : Cenderahati & Pencil Case Zipper
Nama Pengusaha : Zaiton Bt Awang Musa@Yusof
Lokasi : No.244 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.
No.Telefon : 013-4738543
Mengusahakan kraftangan berasaskan jahitan secara kecil-kecilan mengikut tempahan yang diterima dari pelanggan yang ingin membuat tempahan mengikut tema sesuatu majlis. Beliau menjalankan aktiviti kraftangan tersebut dari rumah. Contoh kraftangan yang pernah dihasilkan adalah seperti di bawah :
Cenderahati
Pencil Case Zipper
PRODUK TEMPATAN 2
Nama Produk : Kek, Tart, Apam Polkadot, Biskut dll
Nama Pengusaha : Noraziah Bt Ropa
Nama Syarikat : D Creative Homemade
Lokasi : No.179 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.
No.Telefon : 014-8103781
Mengusahakan perniagaan makanan berasakan kek, apam polkadot, biskut, chocolate dan lain-lain terus dari rumah. Beliau juga menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, hari lahir dan sebagainya.
PRODUK TEMPATAN 3
Nama Produk : Produk Sejuk Beku (Samosa, Donut, Karipap dll)
Nama Pengusaha : Ayu Bt Razak
Nama Syarikat : Yes' Ayu
Lokasi : No.304 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.
No.Telefon : 014-5202485
Mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku seperti samosa, karipap, donut, donut pintal dan sebagainya. Beliau juga menerima tempahan daripada sekitar Jengka dan Maran. Produk yang dihasilkan oleh beliau dibuat secara moden dan manual serta tahan lama. Produk ini adalah produk muslim dan dibuat terus dari rumah beliau.
PRODUK TEMPATAN 4
Nama Produk : Khalifah Pizza 3
Nama Pengusaha : Muhammad Amirul B Abdullah
Lokasi : No.107 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.
No.Telefon : 011-12188169/017-9734742
Mengusahakan perniagaan pizza dari umah serta berniaga di tapak-tapak pasar malam sekitar Jengka. Pizza boleh ditempah terus dari umah dimana mereka mengutamakan keenakan dan kesegaran pizza yang dibuat terus di rumah. Pelbagai pilihan pizza italian yang bercitarasa tempatan seperti Pizza Supreme, Pizza Chicken Delight, Pizza Hawaiian Chicken dan banyak lagi. Beliau juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke kawasan berdekatan dengan syarat-syarat tertentu.
PRODUK TEMPATAN 5
Nama Produk : Produk Sejuk Beku & Kering
Nama Pengusaha : Suriana Bt Taib
Lokasi : No.303 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.
No.Telefon : 011-25572134
Mengusahakan perniagaan sejuk beku seperti karipap, donut, roti dan sebagainya. Selain itu, beliau menghasilkan kuih gunting dan kerepek-kerepek. Mementingkan kualiti setiap produk, beliau menghasilkannya secara terus dari rumah beliau. Beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis disekitar Jengka 3. Makanan yang disediakan juga terdapat dalam bentuk frozen dan panas.
PRODUK TEMPATAN 6
Nama Produk : Makanan Goreng
Nama Pengusaha : Norazah Bt Khamis
Lokasi : No. 226 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.
No.Telefon : 012-7876359
Mengusahakan kedai jualan makanan bergoreng dihadapan rumah beliau. Pelbagai jenis makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, ais krim goreng, chorrus dan banyak lagi. Beliau juga menyediakan set KFC bajet yang mendapat permintaan orang ramai kerana harganya yang berpatutan. Orang ramai boleh mendapatkan makanan-makanan ini di kedai beliau atau menempah melalui WhatsApp dan Facebook dan beliau akan membuat penghantaran ke rumah pelanggan.
PRODUK TEMPATAN 7
Nama Produk : Dodol
Nama Pengusaha : Nur Haffizah Bt Ab. Rahman
Lokasi : No. 19 Felda Jengka 3, Maran, Pahang.
No.Telefon : 013-6894206
Menyediakan dodol homemade yang dihasilkan sendiri dari rumah beliau. Dodol ini boleh dijadikan makanan minum petang, sebagai hantaran dan juga sebagai hadiah untuk diberikan kepada tetamu ketika majlis seperti kenduri kesyukuran, kenduri kahwin dan sebagainya. Beliau menyediakan pelbagai jenis cara pembungkusan mengikut kehendak pelanggan. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi beliau terus melalui WhatsApp.