Nama Produk : Korean Garlic Cheese Bread
Nama Pengusaha : Nor Aishah Bt Abd Halim
Lokasi : No. 294 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No.Telefon : 012-4963 414
Cik Aishah mula membuka tempahan roti ini setelah tempahan takoyaki mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya kepada peminat makanan dari negara Jepun dan Korea. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan roti tersebut yang dijual dengan harga yang berpatutan di sekitar Jengka 3.
Nama Produk : Sate & Kerabu Maggi
Nama Pengusaha : Saila Binti Saleh
Lokasi : No. 272 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No.Telefon : 011-3917 4020
Puan Saila berniaga secara kecil-kecilan bermula dari rumah sejak 3 tahun yang lalu. Beliau menjual sate daging dan ayam yang diperap menggunakan rempah yang dibuat sendiri dan membakar sate tersebut dirumah lalu membuka tempahan sate di Whatsapp. Beliau menerima tempahan yang banyak menjelang musim perayaan. Selain itu, beliau turut menjual Kerabu Maggi dan Kerabu Suhun. Tempahan yang diterima adalah sekitar Jengka 3 melalui promosi yang dijalankan atas talian seperti di Whatsapp dan Facebook.
Nama Produk : Ayam Mangga (Mango Chicken)
Nama Pengusaha : Muhammad Aiman Hakim B. Mohd Zawawi
Lokasi : No. 265 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No.Telefon : 011-2560 3785
Encik Aiman merupakan belia yang berniaga dari rumah secara atas talian. Beliau mula membuka tempahan Ayam Mangga (Mango Chicken) setelah tamat belajar. Beliau mempunyai pengalaman sebagai chef di beberapa hotel di Pahang ketika menjalani latihan praktikal disana. Kini mula membuka perniagaan sendiri dari rumah dengan menjual kepada penduduk di sekitar Jengka 3 dengan mengambil tempahan melalui aplikasi Whatsapp.
Nama Produk : Takoyaki (Homemade)
Nama Pengusaha : Nor Aishah Bt Abd Halim
Lokasi : No. 294 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No.Telefon : 012-4963 414
Cik Aishah berniaga secara kecil-kecilan bermula dari rumah setelah tamat belajar. Beliau membuka tempahan Takoyaki yang dibuat sendiri di rumah dan menghantar ke rumah-rumah pelanggan sekitar Jengka 3. Beliau menggunakan platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk mempromosikan takoyaki tersebut yang mempunyai dua set iaitu Regular Set dan Family Set.
Nama Produk : Makanan & Minuman
Nama Pengusaha : Nurul Anis Farhana Bt Ruslan
Lokasi : No. 183 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No.Telefon : 018-6679568
Puan Anis merupakan suri rumah yang aktif berniaga di pasar-pasar malam dan pasar tani sekitar Jengka dan Maran. Beliau membuka gerai bersama suami dan menjual pelbagai jenis menu seperti putu bambu, keropok, goreng pisang, kuih-muih serta menjual pelbagai jenis minuman seperti ABC, cendol dan banyak lagi. Perniagaan yang diwarisi oleh kedua ibu bapanya ini mendapat sambutan ramai kerana pelanggan dapat memilih pelbagai jenis juadah dan putu bambu menjadi salah satu menu yang menjadi pilihan ramai.