USAHAWAN KECIL MAKANAN BASAH
Nama : Rohani Bt Che Mamat Umur : 41 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Usahawan makanan sepenuh masa. Menghasilkan produk makanan dan minuman seperti ayam penyet goreng, lompat tikam, roti jala, aiskrim, jeli kelapa dan sebagainya. Produk-produk tersebut diniagakan di rumah, kawasan berdekatan sekolah dan pasar/pekan sehari Jengka 3.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Rohani telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3. Mula terlibat dalam masakan sejak 3 tahun yang lalu. Setelah menerima bantuan sebuah mesin roti dan sebuah gerai dari Pusat Zakat Negeri Pahang pada awal tahun lepas, beliau telah meningkatkan dan mempelbagaikan produk makanan untuk diniagakan. Namun promosi produk beliau terhad kepada penduduk setempat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan perniagaannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi).