USAHAWAN KECIL MAKANAN & PAKAIAN
Nama : Lyles Surani Bt Saruani Umur : 44 Tahun Ahli : 2013 |
Latar Belakang
Usahawan separuh masa. Menjual burger dan beg sekolah, kain cadar, kain selimut dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Lyles telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3. Mula terlibat dalam perniagaan ini sejak 2 tahun yang lalu. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan kerana promosi produk yang terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan perniagaannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi).