BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama : Muhammad Safwan B Shahrul Amin Umur : 18 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Safwan merupakan pelajar Kulliah Al-Lughah Wad Din As Sultan Abu Bakar, Pekan. Tugas dan peranan ini menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang ingin diberi. Beliau adalah pelajar yang aktif yang mempunyai pelbagai jawatan di sekolah. Safwan juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya mengetahui sedikit sahaja berkaitan ICT semasa di sekolah menengah. Tugas dan peranan sebagai penuntut yang memegang pelbagai jawatan menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, Instagram dan facebook sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, facebook dan lain-lain. Beliau juga gemar mengikuti latihan komputer dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi dan sebagainya.