USAHAWAN KECIL MAKANAN
Nama : Nor Azurah Bt Roslan Umur : 40 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Pn Azurah telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3. Mula terlibat dalam perniagaan ini sejak setahun yang lalu. Pelbagai jenis kuih muih diniagakan di Bazar Ramadhan dan Pekan Sehari.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tempahan yang diterima adalah terhad dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan kerana promosi produk yang terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan pelbagai jenis produk makanannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi).