USAHAWAN KECIL MAKANAN
Nama : Nur Shuhada Bt Mohamed Johar Umur : 29 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Usahawan makanan sepenuh masa. Menghasilkan produk makanan seperti kek, dodol, puding dan sebagainya. Produk-produk tersebut diniagakan di rumah serta sekitar kawasan Bandar Jengka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Shuhada telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3. Mula terlibat dalam masakan sejak 2 tahun yang lalu. Tempahan yang diterima adalah terhad sekitar kawasan Felda Jengka 3 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan perniagaannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, Instagram, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi).