BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama : Suharti Bt Haron Umur : 42 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Pn Suharti merupakan surirumah dan aktif dalam persatuan dan sukan di Jengka 3. Beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan tugasan sebagai setiausaha dalam persatuan yang disertai. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh Pi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Tugas dan peranan sebagai ahli persatuan yang aktif menuntut beliau untuk belajar kemahiran komputer dan internet seperti menaip kertas kerja, mencari maklumat secara atas talian, perbankan online dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email dan facebook malah mempunyai perbankan online bagi memudahkan urusan harian serta urusan bersama persatuan. Beliau semakin mahir dalam penggunaan komputer, perbankan online dan media sosial(Facebook & Whatsapp).