USAHAWAN PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN
Nama : Noraini Bt Mat Arshad Umur : 36 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Pn Noraini merupakan staf yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat Felda Jengka 3. Disamping itu, beliau telah menceburi bidang perniagaan online secara kecil-kecilan demi menambah pendapatan sampingan. Sejak dua tahun yang lalu, beliau telah aktif mempromosikan pelbagai jenis produk kesihatan seperti Min Kaffe dan produk kecantikan seperti alat solek di laman sosial Facebook dan Instagram. Pelanggan yang telah mencuba produk beliau adalah dari sekitar Jengka 3 dan beliau akan membuat pengeposan jika mendapat permintaan dari pelanggan yang tinggal diluar kawasan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Noraini hanya mempromosikan perniagaan beliau sekitar Jengka 3 melalui flyers, jiran tetangga dan kenalan setempat. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah belajar strategi untuk mempromosikan produk-produk dengan cara yang lebih baik supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dapat menambah jualan untuk produk yang dipromosikan. Kini, pelanggan beliau bukan sahaja di sekitar Jengka, malah dari seluruh Malaysia yang mengetahui tentang produk beliau melalui media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM500.