USAHAWAN MAKANAN
Nama : Nurul Anis Farhana bt Ruslan Umur : 28 Tahun Ahli : 2020 |
Latar Belakang
Puan Anis merupakan peniaga makanan/minuman sepenuh masa dan telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3 sejak 5 tahun yang lalu. Menghasilkan produk makanan dan minuman seperti air abc, cendol, air tebu, aiskrim kek, bubur, keropok, rojak, kuih-muih dan sebagainya. Perniagaan ini dijalankan bersama-sama keluarganya. Ia banyak tertumpu di Pasar-pasar Malam, Pekan Sehari, Karnival dan sebagainya di sekitar Jengka. Pelanggan-pelanggan juga adalah kawasan berhampiran Jengka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka 3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 40 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan perniagaannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi). Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM1000 dan jumlah pelanggan kini melebihi 100 orang sebulan.