BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama : Ahmad Husaini b. Baharuddin Umur : 19 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Husaini merupakan pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA. Ketika di alam persekolahan beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Sebagai seorang pelajar sekolah yang memerlukan beliau untuk menyiapkan kerja-kerja khusus, mencari maklumat di dalam internet serta pembentangan dalam kelas menyebabkan beliau perlu belajar dengan lebih mendalam berkaitan komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan instagram bagi memudahkan beliau untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office dimana beliau menggunakan software tersebut ketika menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau turut mahir menggunakan facebook, Instagram dan lain-lain.