BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama : Abdul Nursalam b. Mohd Anuar Umur : 24 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
En Salam merupakan seorang jurujual di Pasaraya . Beliau gemar mengikuti latihan ICT di PIK untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu program/aktiviti yang disertai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya menggunakan Handphone untuk mengakses media sosial dan mengetahui sedikit berkaitan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan youtube sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung rakan-rakan dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer dan Microsoft Office terutamanya Microsoft Word. Beliau kerap mengunjungi PIK untuk menaip resume dan juga mengakses laman-laman web kerajaan seperti SSM, Mysejahtera, BPR dan sebagainya.