USAHAWAN BIDANG PENGHANTARAN
Nama : MOHD IZZAT EMIR B. SAADON Umur : 32 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
En Emir merupakan usahawan dalam bidang perkhidmatan (penghantaran barang) dari sekitar Jengka & Temerloh ke seluruh Malaysia. Perniagaan dijalankan ini adalah perkongsian bersama kakak beliau, Norlela bt Saadon. En Izzat telah menguruskan perkhidmatan penghantaran barang ini sejak setahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan internet, perniagaan beliau kurang diketahui orang ramai kerana promosi terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 - RM2000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 300 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Felda Jengka 3, beliau telah mempromosikan perkhidmatan penghantaran barang tersebut kepada peniaga IKS dan usahawan/peniaga online. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM3000 dan jumlah pelanggan melebihi 400 orang sebulan.