Tarikh : 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dataran Semai Bakti Felda Jengka 3
Dirasmikan oleh : Ustaz Muhammad Bin Ghani
(Imam 1 & Tuan Penasihat Masjid As-Solehin Felda Jengka 3)
Program Mini Karnival Kami Cinta Masjid telah diadakan oleh Masjid As-Solehin Felda Jengka 3 baru- baru ini. Program ini diadakan bersempena pelancaran dan perasmian kelab-kelab yang ditubuhkan di masjid berkenaan. Pelbagai aktiviti diadakan seperti penerangan dan taklimat dari Alternative Riding Club (Safety Riding), Kelas Memanah oleh Seri Tahfiz Al-Banna, pendaftaran bakal-bakal Ahli Kelab Masjid, acara konvoi, permainan ping-pong, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain. Program seperti ini dapat menarik minat pelbagai golongan terutamanya golongan muda untuk lebih mendekati dan mencintai masjid.