Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
- Elakkan 3S / 3C
- Crowded place elakkan kawasan yang sesak.
- Confined space elakkan kawasan yang sempit.
- Close conversation elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.
- Amalkan 3W:
- Wash kerap mencuci tangan dengan air & sabun.
- Wear sangat digalakkan memakai alat pelitup muka (face mask) di tempat awam @ jika bergejala.
- Warn amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elak bersalaman / bersentuhan.
- Amalkan etika batuk & bersin.
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala.
- Duduk di rumah & elakkan kunjung-mengunjung
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
- Selain itu, ingatlah kepada S.O.P iaitu:
S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB. - O: Orang yg berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya OKU perlu dilindungi, individu tidak sihat & bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
- P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.