Tarikh : 30 Ogos 2016 (Selasa)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Tabika Felda Jengka 3

Acara yang diadakan setiap tahun pada bulan kemerdekaan ini disertai oleh kanak-kanak Tabika serta guru-guru dan kakitangan KEMAS Felda Jengka 3. Perarakan ini bermula dari Tabika Kemas Felda Jengka 3 sehingga ke Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3. Perarakan ini diadakan bertujuan untuk meniup semangat patriotik dikalangan kanak-kanak agar mencintai dan menghargai pengorbanan perwira negara. Selain itu, ia bertujuan untuk mengajak orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan memperingati Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-59.