Tarikh : 6 Novmber 2016 (Ahad)

Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat : Tapak Pekan Sari Bandar Maran

Karnival Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kluster Maran telah diadakan bagi memperkenalkan sistem terbaru yang terdapat di seluruh Pusat Internet 1Malaysia bawah Telekom Malaysia. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hajah Shahaniza Bt Haji Shamsuddin (EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang Merangkap ADUN Kuala Sentul). Sistem Dashboard Komuniti ini terdiri daripada My Komuniti, My Soal, My Health, My Shop dan My Skool merupakan sistem yang dapat diakses setelah pengguna mendaftar sebagai Ahli di mana-mana Pusat Internet 1Malaysia seliaan Telekom Malaysia. Dashboard Komuniti ini memberi peluang semua peringkat umur untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia di dalamnya. Pelbagai booth jualan juga tersedia untuk pengunjung selain booth-booth di bawah Dashboard Komuniti. Antaranya booth daripada usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia, Empower Ecer, FAMA dan sebagainya. Manakala booth Dashboard Komuniti pula menyediakan pelbagai aktiviti seperti kuiz Klik Dengan Bijak, Pemeriksaan tekanan darah dan berat dan lain-lain. Selain itu, penyampaian hadiah untuk peserta pertandingan poster dan video serta Ahli Pusat Internet 1Malaysia yang Aktif juga telah diadakan. Terdapat juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang bertuah pada hari tersebut.