Tarikh : 10 November 2016 (Khamis)

Masa : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Bengkel My Shop ini telah diadakan bersama-sama usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Daerah Maran yang dijalankan serentak di 19 Pusat Internet 1Malaysia Daerah Maran. Bengkel ini juga merupakan salah satu program untuk mempromosikan Dashboard Komuniti. Fokus utama bengkel ini diadakan adalah  untuk menarik para usahawan untuk menggunakan aplikasi My Shop dimana mereka dapat mengiklankan produk-produk mereka ke dalam sistem Dashboard ini. Sesi fotografi tentang teknik-teknik untuk mengambil gambar produk juga dipraktikkan supaya para usahawan dapat mempromosikan produk mereka dengan cara yang betul. Para peserta juga telah memuat naik gambar dan maklumat berkenaan produk mereka ke dalam My Shop pada bengkel tersebut.