Sri Intan HM Enterprise
Sri Intan HM Enterprise adalah merupakan sebuah kedai jahitan yang terletak di Kedai Batu Felda Jengka 3. Kedai jahitan ini sedia mengambil tempahan baju kurung, jubah, baju melayu, telekung dan sebagainya. Selain itu, kedai ini juga membekal alat-alat jahitan kepada penduduk setempat. Kebanyakan pelanggan merupakan penduduk setempat dan juga dari kawasan sekitar.
Nama Produk@Syarikat : Sri Intan HM Enterprise
Alamat : No.3 Kedai Batu Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No. Telefon : 013-9185198 (WhatsApp)
Facebook : Hamidah malek
Najihah Anggun Andaman
Butik Najihah Anggun Andaman yang terletak di Kedai Mara Felda Jengka 3 antara butik pengantin yang terkenal di Felda Jengka 3. Menyediakan kelengkapan perkahwinan seperti baju pengantin, pelamin, set makan beradab, andaman, kanopi dan sebagainya. Butik ini juga menyediakan kelengkapan untuk majlis berendoi dan juga menerima tempahan jahitan sulaman dan lain-lain.
Nama Produk@Syarikat : Najihah Anggun Andaman
Alamat : No.18/19 Kedai Mara, Sri Dahlia Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No. Telefon : 011-19276355 @ 019-9064326 (WhatsApp)
Facebook : Najiha Anggun Andaman
Stesen Minyak
Stesen minyak BHP Jengka 3 telah ditubuhkan pada tahun 1980-an. Ia merupakan antara perniagaan milik Felda Trading Sdn. Bhd. Penubuhannya strategik kerana berada di kawasan jalan utama Jengka 3 dan di antara Jengka 2 dan Jengka 6. Minyak menjadi permintaan tinggi kesan peningkatan keperluan penduduk kawasan sekitar yang rata-rata mempunyai kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori, bas dan sebagainya.
Pengurus : Awang Zaman b. Bidin
Alamat : BHP Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang
No Tel : 09-4764326, 019-3517747
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
D'Mart
D'Mart juga merupakan perniagaan milik Felda Trading Sdn. Bhd. Ia telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1980-an. Pelbagai barang keperluan dijual di sini seperti beras, tepung, makanan kering dan sebagainya. Ia menyediakan kaedah bayaran melalui sistem potongan gaji bulanan peneroka. Oleh itu, peneroka dibenarkan mengambil barang secara hutang dan perlu membayar pada setiap hujung bulan.
Alamat : D'Mart Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.
No Tel : 09-4766355, 014-8055404
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bengkel Kenderaan- Jee Motor Sport
JEE Motor Sport
Salah satu bengkel kenderaan yang menyediakan perkhidmatan membaiki, membekal alat ganti mencuci kenderaan serta lain-lain perkhidmatan. Terletak di tepi jalan besar Jengka 3, bengkel ini sentiasa mendapat perhatian dari orang ramai kerana kedudukan yang strategik.
No Tel : 019-6945152