Terapi D'Emma menyediakan perkhidmatan Spa secara bergerak (Mobile Spa) dari rumah ke rumah pelanggan yang memerlukan perkhidmatan seperti urutan refleksologi, rawatan selepas bersalin, rawatan urutan pelbagai penyakit dan lain-lain. Beliau turut menyediakan perkhidmatan Spa di kawasan riadah di Lubuk Ujid setiap hujung minggu dimana pengunjung boleh mendapatkan rawatan urutan ketika beriadah di situ. Selain itu, beliau turut menyertai pelbagai jenis karnival diserata negeri dengan mambuka booth Spa kepada pengunjung yang hadir.

Nama Usahawan : Sahimah Bt Mat Sarif

Nama Produk@Syarikat : Terapi D’Emma

Alamat :  No.224 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 017-3523315     

Facebook : Sahimah Spa

Saidin Homestay Felda Jengka 3 telah diusahakan oleh salah seorang generasi kedua di sini. Beliau telah menyediakan penginapan rumah inap ini sejak 2 tahun yang lalu. Saidin Homestay ini terdiri daripada 3 unit berkembar dimana unit kiri dan kanan mempunyai 3 bilik manakala unit yang berada ditengah mempunyai 5 bilik. Rumah inap ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen, katil, dapur, bilik mandi, tandas dan lain-lain. Keadaan rumah inap ini yang selesa dan bersih menarik orang ramai untuk menginap disini terutamanya ketika musim kenduri kahwin dan cuti persekolahan.

Nama Usahawan : Salihin Bin Saidin

Nama Produk@Syarikat : Saidin Homestay

Alamat :  No.21 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 013-3041438 @ 09-4765410

Facebook : Salihin Saidin

Pasar Mini Sri Dahlia merupakan salah satu kedai runcit di Felda Jengka 3 yang menjual pelbagai jenis keperluan harian penduduk setempat. Terdapat barangan basah dan segar seperti ayam, ikan serta sayuran dijual disini selain barangan keperluan lain seperti tepung, beras, biskut, roti dan sebagainya. Kedudukan pasar ini yang strategik iaitu terletak di deretan kedai mara memudahkan orang ramai membeli keperluan harian disini. 

Nama Produk@Syarikat : Pasar Mini Sri Dahlia

Alamat : No.2B Kedai Mara Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.


 

Laily Food Enterprise adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan kering dan basah. Antara makanan basah yang disediakan setiap hari adalah nasi ayam, mee sup, bihun sup, soto, laksa dan mee kari. Penghantaran ke rumah juga disediakan sekitar Jengka 3. Selain itu, kedai ini juga memproses pelbagai jenis makanan kering seperti kerepek pisang, popia simpul, kuih siput dan pelbagai jenis biskut. 

Nama Usahawan : Nor Laily Bt Panut

Nama Produk@Syarikat : Laily Food Enterprise

Alamat :  Jalan Besar Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 019-963 3937

Facebook : Nor Laily Panut

Kak Nita Dobi merupakan sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan cucian yang terletak di No.81 Felda Jengka 3. Pelbagai jenis perkhidmatan cucian disediakan seperti mencuci cadar, pakaian, toto, karpet, selimut dan banyak lagi. Pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan cucian beliau adalah sekitar Jengka 3 dan Jengka-Jengka yang berhampiran. Beliau juga menyediakan khidmat penghantaran ke rumah pelanggan. 

Nama Usahawan : Rosenita Bt Teh

Nama Produk@Syarikat : Kak Nita Dobi

Alamat : No.81 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No. Telefon : 014-8492567/ 09-4765430

Facebook : Rosenita Teh

Sub-kategori