Daftar melalui 3 cara :
1. Aplikasi MySejahtera
3. National COVID-19 Registration Vaccination Line:
1800-888-828

Stigma masyarakat terhadap individu yang dijangkiti COVID-19 menghalang niat mereka untuk berterus terang dan mendapatkan rawatan. Sama-sama kita putuskan rangkaian COVID-19.

Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C
  •     Crowded place elakkan kawasan yang sesak.
  •     Confined space elakkan kawasan yang sempit.
  •     Close conversation elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.
  • Amalkan 3W:
  •     Wash kerap mencuci tangan dengan air & sabun.
  •     Wear sangat digalakkan memakai alat pelitup muka (face mask) di tempat awam @ jika bergejala.
  •     Warn amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  •     Elak bersalaman / bersentuhan.
  1.     Amalkan etika batuk & bersin.
  2.     Dapatkan rawatan segera jika bergejala.
  3.     Duduk di rumah & elakkan kunjung-mengunjung
  4.     Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
  • Selain itu, ingatlah kepada S.O.P iaitu:
    S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB.
  • O: Orang yg berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya OKU perlu dilindungi, individu tidak sihat & bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

#CegahCovid19: Kuarantinkan diri demi orang yang disayangi sekiranya anda dari Zon Merah dan mempunyai Kontak Rapat kes positif Covid-19.

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berakhir Isnin ini, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Perdana Menteri berkata, pelanjutan tempoh PKPP itu bermakna tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih digunakan. "Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan," katanya dalam perutusan khas disiarkan secara langsung di sini, hari ini. Muhyiddin juga menggesa rakyat supaya sentiasa prihatin terhadap tanggungjawab membendung penularan wabak COVID-19.Beliau berkata ini selaras dengan semangat sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 yang bertemakan Malaysia Prihatin. "Kita semua adalah barisan hadapan (frontliner) yang berada di barisan paling hadapan untuk memerangi dan mencegah wabak ini. "Saya percaya jika kita semua dapat memainkan peranan masing-masing dalam mencegah wabak COVID-19, negara kita akan berjaya untuk bebas daripada wabak ini dengan lebih cepat,."Saya mendoakan semoga saudara dan saudari terus diberikan perlindungan daripada wabak ini dan sentiasa sihat sejahtera," katanya.