Tarikh : 16.6.2017 (Jumaat)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Majlis Bacaan Yassin telah diadakan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Majlis ini melibatkan 30 orang peserta dari Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Jengka 3. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan tekanan darah dan berat (iHealth) dan penerangan berkaitan Dashboard Komuniti secara ringkas. Seterusnya majlis Bacaan Yassin dimulakan yang diketuai oleh salah seorang ahli GPW. Setelah itu, penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Mobile E-Waste diberikan secara ringkas kepada peserta yang hadir. Cabutan bertuah juga disediakan di akhir majlis bagi meraikan peserta yang hadir.

Tarikh : 9 Mac 2017 (Khamis)

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Promosi Pusat Internet 1Malaysia dan Dashboard telah diadakan untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia serta memberi pendedahan kepada semua berkaitan Dashboard Komuniti. Program ini telah dihadiri oleh 15 orang beliawanis. Program ini dimulakan dengan taklimat berkaitan Pusat Internet 1Malaysia dan seterusnya tayangan video berkaitan Dashboard Komuniti. Kemudian peserta diberikan penerangan berkaitan kesihatan wajah oleh tetamu jemputan yang dijemput dari Stokis Mary Kay. Peserta juga melakukan praktikal mengenai penjagaan wajah. Seterusnya peserta diberikan pendedahan untuk mencari maklumat berkaitan penjagaan wajah melalui sumber internet seperti di Google dan Youtube.

Tarikh : 27 Januari 2017 (Jumaat)

Masa : 10.00 Pagi -12.00 Tengah Hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Pertandingan Mobile E-waste yang diadakan untuk ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3 terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai Program Mobile E-Waste yang sedang dilancarkan oleh SKMM. Sebelum pertandingan diadakan staff Pusat Internet 1Malaysia telah menerangkan mengenai Program Mobile E-Waste seperti pengertian, fungsi, manfaat dan banyak lagi. Kemudian mereka diberi masa untuk menyiapkan Powerpoint mengenai Mobile E-Waste. Kemudian pemenang dipilih berdasarkan Powerpoint yang paling kreatif dan hadiah sebagai penghargaan diberikan.

 

Tarikh : 25 Februari 2017 (Sabtu)

Masa : 8.30 Pagi - 5.30 Petang

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Porgram tahunan Pusat Internet 1Malaysia telah diadakan baru-baru ini melibatkan lebih kurang 40 orang ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Klik Dengan Bijak, Taklimat Mobile E-Waste, Penerangan Dashboard Komuniti, Penghasilan Video Animasi, Tips Menaip Resume, Etika & Perkakasan Komputer dan lain-lain. Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi melibatkan golongan dewasa, remaja dan usahawan. Manakala sesi petang pula melibatkan pelajar SK dan SMK. Selain itu, cabutan bertuah dan jamuan makan juga disediakan untuk semua peserta sebelum tamat kedua-dua sesi. 

Tarikh : 6 & 16 Disember 2016

Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengah Hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Sempena cuti sekolah ini, pelbagai pertandingan diadakan untuk pelajar sekolah. Antaranya Typing Test, Teka Silang Kata dan Puzzle Online. Peserta yang terlibat merupakan ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3 dan merupakan pelajar Sekolah Rendah di sini. Seramai 17 orang peserta mengambil bahagian dalam setiap pertandingan. Hadiah juga disediakan untuk peserta yang berjaya dan semua yang terlibat juga diberikan hadiah saguhati sebagai semangat kepada mereka untuk mengambil bahagian didalam setiap pertandingan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3 pada masa akan datang.