BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Normah bt Gilani

Umur : 48 Tahun

Ahli    : 2017

Latar Belakang

Pn Normah merupakan surirumah. Beliau kerap ke NADI untuk menyertai pelbagai kelas dan pertandingan yang dianjurkan oleh NADI bagi meningkatkan kemahiran ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sedikit berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam penggunaan internet seperti perbankan online dan pelbagai permohonan dalam sistem kerajaan. 

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Faridah bt. Muhammad Fazil

Umur : 21 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Cik Faridah merupakan pelajar lepasan Diploma dalam bidang pertanian. Beliau telah menjadi ahli NADI sejak di bangku sekolah rendah. Pelbagai jenis latihan ICT telah disertai seperti kelas Asas Komputer, Asas Internet, Asas Media Sosial dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sedikit berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam ms office bagi melaksanakan tugas harian sebagai seorang pelajar seperti membuat latihan dan kerja kursus.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Norhizan bt Abdul Rahman

Umur : 45 Tahun

Ahli    : 2020

Latar Belakang

Puan Norhizan merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau kerap ke NADI untuk menyertai pelbagai kelas yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran ICT serta menimba ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office seperti Word & Excel. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram, Tiktok dan lain-lain selain boleh menggunakan Shopee untuk tujuan perniagaan.

 

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, PERALATAN RUMAH & KELAS MASAKAN

Nama : Siti Zaharah bt Harun

Umur : 38 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Pn Zaharah telah menceburi bidang ini hampir 2 tahun yang lalu setelah menjadi ejen kepada produk berjenama Amway. Pelbagai jenis produk dijual seperti produk kesihatan, peralatan memasak dan sebagainya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas-kelas masakan seperti membuat roti dan kek menggunakan produk-produk yang dijual.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 40.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh NADI Felda Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram dan tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM1000 dan jumlah pelanggan melebihi 100 orang sebulan.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Asshari b. Arip

Umur : 52 Tahun

Ahli    : 2018

Latar Belakang

En Asshari telah menceburi bidang ini sejak 13 tahun yang lalu. Beliau kerap ke NADI untuk mencipta iklan-iklan perniagaan dan menyiapkan rekod kewangan. Melayari internet/website e-perniagaan seperti SSM, LHDN untuk pembaharuan lesen perniagaan, memasukkan maklumat peniagaan dan sebagainya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office seperti Word & Excel serta laman2 web kerajaan seperti SSM, LHDN, e-perolehan dan lain-lain bagi melaksanakan tugas harian sebagai peniaga. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan tiktok dan lain-lain.