BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Musyrif Haziq b. Khairuddin

Umur : 19 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Musyrif Haziq merupakan pelajar Tingkatan 6 yang sedang menuntut di SMK Jengka 2. Ketika di alam persekolahan beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang ingin diberi. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Sebagai seorang pelajar sekolah yang memerlukan beliau untuk menyiapkan kerja-kerja khusus, mencari maklumat di dalam internet serta pembentangan dalam kelas menyebabkan beliau perlu belajar dengan lebih mendalam berkaitan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menyiapkan pelbagai tugasan di sekolah serta lebih mahir mencari maklumat di internet. Beliau kini turut memiliki akaun email, facebook, instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh.

USAHAWAN MAKANAN

Nama : Asshari b. Arip

Umur : 49 Tahun

Ahli    : 2018

Latar Belakang

En Asshari merupakan ahli perniagaan makanan (kantin sekolah) dan telah menceburi bidang ini sejak 13 tahun yang lalu. Beliau menerima banyak tender untuk menguruskan beberapa kantin sekolah sekitar negeri Pahang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya mengupah orang lain untuk menyiapkan cadangan kertas kerja tender kantin sekolah menyebabkan banyak masa diperlukan untuk meneliti semua kerja-kerja yang telah dilakukan oleh orang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau telah banyak menyiapkan sendiri cadangan kertas kerja dan urusan berkaitan tender tersebut. Kini beliau telah memiliki akaun email, instagram sendiri bagi memudahkan urusan perniagaan beliau dan proses untuk menghantar tender juga menjadi lebih cepat dan mudah tanpa melibatkan bantuan daripada orang lain. 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mohamad Nor Izzudin B Nor Azman

Umur : 20 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Izzudin merupakan pelajar yang sedang menuntut di UTM Skudai, Johor. Ketika di alam persekolahan beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT, program pusat internet dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar yang aktif menuntut beliau untuk belajar berkaitan komputer dan internet seperti menaip folio, mencari maklumat secara atas talian, membuat perbentangan dalam kumpulan dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, facebook dan lain-lain.

 

USAHAWAN PRODUK BAKERI & SEJUK-BEKU

Nama : Mohamad Syafiq b. Zainudin

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

En Syafiq telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan sejak setahun yang lalu. Mula meminati bidang bakeri sejak lima tahun yang lalu setelah mencuba pelbagai jenis resepi di laman web kemudian menjual secara kecil-kecilan di laman sosial dibawah nama Sugar Palace. Setahun yang lalu beliau mendapat peluang untuk menjadi ajen kepada sebuah bakeri terkenal iaitu Mamasab Bakery. Beliau diberikan bimbingan secara atas talian oleh tenaga pengajar di dalam bakeri tersebut dan menjual pelbagai jenis kek premium seperti kek coklat, kek red velvet, brownies dan banyak lagi. Selain itu, beliau turut menjual pelbagai jenis biskut, sos perap dan kambing perap. Tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan sekitar kawasan dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram dan myshop (Dashboard Pi) sendiri. Dimana beliau menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk di atas talian dimana pelanggan beliau dapat mengetahui terus berkenaan produk disana, promosi dan sebagainya. Beliau turut menyertai Program Hari Bersama Komuniti untuk berkongsi pengalaman sebagai usahawan baru. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM1000 dan jumlah pelanggan kini melebihi 50 orang sebulan.

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN

Nama : Noraini Bt Mat Arshad

Umur : 36 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Pn Noraini merupakan staf yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat Felda Jengka 3. Disamping itu, beliau telah menceburi bidang perniagaan online secara kecil-kecilan demi menambah pendapatan sampingan. Sejak dua tahun yang lalu, beliau telah aktif mempromosikan pelbagai jenis produk kesihatan seperti Min Kaffe dan produk kecantikan seperti alat solek di laman sosial Facebook dan Instagram. Pelanggan yang telah mencuba produk beliau adalah dari sekitar Jengka 3 dan beliau akan membuat pengeposan jika mendapat permintaan dari pelanggan yang tinggal diluar kawasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Noraini hanya mempromosikan perniagaan beliau sekitar Jengka 3 melalui flyers, jiran tetangga dan kenalan setempat. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau telah belajar strategi untuk mempromosikan produk-produk dengan cara yang lebih baik supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dapat menambah jualan untuk produk yang dipromosikan. Kini, pelanggan beliau bukan sahaja di sekitar Jengka, malah dari seluruh Malaysia yang mengetahui tentang produk beliau melalui media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM500.