BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Aishah bt Abu Bakar

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Cik Aishah merupakan jurujual di salah sebuah Kedai Runcit di Jengka 3. Beliau telah berkhidmat lebih 4 tahun dalam bidang perniagaan ini. Beliau kerap ke NADI untuk meningkatkan kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan tugasan dalam pekerjaannya kerana beliau turut menguruskan urusan pengkeranian seperti merekodkan pelbagai jenis dokumen untuk majikannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau hanya menggunakan Handphone untuk menggunakan media sosial dan  mengetahui sedikit berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office seperti word dan excel bagi memudahkan untuk membuat surat rasmi, membuat borang senarai harga barang dan lain-lain. Beliau turut melayari internet atau website berkaitan perniagaan untuk memasukkan data perniagaan seperti KPDNKK. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan tiktok dan lain-lain.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mohd Izzat Emir b. Saadon

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

En Izzat telah menceburi perniagaan online ini hampir 2 tahun. Beliau kerap ke NADI untuk mecipta iklan/brosur. Beliau mempelajari Microsoft Office seperti word dan excel bagi memudahkan untuk membuat surat rasmi, borang dan sebagainya. Beliau turut melayari internet atau website e-perniagaan seperti SSM, LHDN untuk pembaharuan lesen perniagaan, memasukkan maklumat peniagaan dan sebagainya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau hanya menggunakan Handphone untuk menggunakan media sosial dan  mengetahui sedikit berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam ms office bagi melaksanakan tugas harian. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan tiktok dan lain-lain.

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, KECANTIKAN & PERALATAN RUMAH

Nama : NUR HAFIZZAH BT AB. RAHMAN

Umur : 35 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Pn Hafizzah telah menceburi bidang ini hampir setahun yang lalu setelah menjadi ejen kepada produk berjenama Amway. Pelbagai jenis produk yang dijual seperti produk kesihatan & Kecantikan, Kuali, Periuk Bertekanan tinggi, pengisar mudah alih dan sebagainya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas masakan menggunakan produk-produk yang dijual.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 5

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram dan tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM500 dan jumlah pelanggan melebihi 10 orang sebulan.

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, KECANTIKAN & PERALATAN RUMAH

Nama : HAMIDAH BT ABDUL RAZAK

Umur : 42 Tahun

Ahli    : 2022

Latar Belakang

Pn Hamidah merupakan ejen kepada produk berjenama Amway dan telah menceburi bidang ini setahun yang lalu. Pelbagai jenis produk yang dijual di bawah jenama Amway seperti produk kesihatan & Kecantikan, Kuali, Periuk Bertekanan tinggi, pengisar mudah alih dan sebagainya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas masakan menggunakan produk-produk yang dijual dan turut menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan roti dan pastry dan menjualnya kepada komuniti setempat di Jengka 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 10 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram dan tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM700 dan jumlah pelanggan melebihi 20 orang sebulan.

USAHAWAN BIDANG PENGHANTARAN 

Nama : MOHD IZZAT EMIR B. SAADON

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

En Emir merupakan usahawan dalam bidang perkhidmatan (penghantaran barang) dari sekitar Jengka & Temerloh ke seluruh Malaysia. Perniagaan dijalankan ini adalah perkongsian bersama kakak beliau, Norlela bt Saadon. En Izzat telah menguruskan perkhidmatan penghantaran barang ini sejak setahun yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan internet, perniagaan beliau kurang diketahui orang ramai kerana promosi terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 - RM2000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 300 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Felda Jengka 3, beliau telah mempromosikan perkhidmatan penghantaran barang tersebut kepada peniaga IKS dan usahawan/peniaga online. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM3000 dan jumlah pelanggan melebihi 400 orang sebulan.