BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama : Nor Amira Bt Ismail Umur : 18 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Nor Amira merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Jengka 2 dan kini telah menjadi penuntut di salah sebuah IPT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasannya. Pada mulanya beliau tidak begitu mahir menaip dan mengendalikan komputer terutamanya jika mahu mencetak sesuatu di website. Bantuan dan tunjuk ajar dari petugas Pi diperlukan pada awal kedatangan beliau ke Pi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan Instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, Microsoft Office serta Adobe Photoshop. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya. Beliau juga pernah memenangi hadiah saguhati didalam pertandingan poster yang dianjurkan pihak SKMM.
USAHAWAN KECIL MAKANAN BASAH
Nama : Nur Haffizah bt Ab Rahman Umur : 29 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Usahawan yang berniaga secara kecil-kecilan menjual makanan tradisional dodol
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Nur Haffizah merupakan suri rumah yang berniaga dodol secara kecil-kecilan di hadapan rumah beliau. Beliau telah menjalankan perniagaan ini bersama-sama keluarga sejak 2 tahun yang lalu. Promosi yang dilakukan hanya disekitar Jengka 3.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, Pn Nur Haffizah telah memiliki akaun email dan facebook sendiri untuk memudahkan beliau mempromosikan produk makanan di media sosial. Pelanggan beliau adalah dari sekitar Jengka 3 yang akan berkunjung terus ke kedai dan beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah-rumah jika mendapat permintaan dari pelanggan. Melalui pencarian di internet, beliau juga telah membuat perubahan kepada bungkusan dodol yang dijualnya supaya lebih mudah untuk dimakan atau dibuat sebagai 'goodies' di sebarang majlis. Beliau juga telah menghadiri kelas Dashboard Komuniti (Myshop) untuk mempelajari teknik-teknik mengambil gambar produk dengan lebih baik untuk menarik minat pelanggan dengan iklannya di media sosial.
SUKUAN |
KISAH KEJAYAAN |
PERTAMA |
|
KEDUA |
USAHAWAN KECIL MAKANAN KERING
Nama : Nor Laily bt Panut Umur : 45 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Usahawan produk makanan seperti kerepek dan kuih-muih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Nor Laily telah menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3 sejak 6 tahun yang lalu. Beliau juga merupakan ahli Amanah Ikhtiar Daerah Maran. Antara produk makanan yang telah beliau hasilkan seperti kerepek bawang, kerepek pisang, popia simpul, popia sira dan sebagainya. Beliau turut aktif menjual produknya di booth disebarang majlis disekitar Jengka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah belajar strategi untuk mempromosikan produk-produk dengan cara yang lebih baik supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dapat menambah jualan untuk produk yang dipromosikan. Beliau juga menghadiri kelas Dashboard Komuniti (Myshop) untuk mempelajari cara-cara fotografi gambar produk dengan lebih baik dan seterusnya mengiklankan produk-produknya di dalam Myshop.
SUKUAN |
KISAH KEJAYAAN |
PERTAMA |
|
KEDUA |
|
KETIGA |
|
KEEMPAT |