1) Program Hari Bersama Komuniti 2019

Tarikh : 4 & 5.9.2019

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 102 orang (Umum)

 

Tujuan

        • Mengeratkan hubungan dan mendekatkan Pi dengan komuniti setempat dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

          Memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan bijak serta mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet dan meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat tentang bahaya e-sisa, kepentingan menjaga alam sekitar dan lain-lain.

          Memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di Pi iaitu Dashboard Komuniti.


Aktiviti

      • Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Kemudian disusuli dengan aktiviti teka silang kata, suai padan ICT. Seterusnya Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan) yang dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Jengka 2.

        1. Bagi sesi Taklimat Dashboard Komuniti, petugas Pi memberi penjelasan tentang pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.
        1. Sesi program/aktiviti Advokasi pula, Klik dengan Bijak diberi penjelasan oleh petugas Pi untuk memberi kesedaran tentang penggunaan internet (klik dengan bijak) tip-tip melayari internet dengan bijak, juga mewar-warkan myfreeview tv dan laman sesawang sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet.
        1. Kemudian, taklimat perkhidmatan dari KWSP dan ceramah kesihatan dari Klinik Kesihatan Jengka 2 dan taklimat dari beberapa usahawan tempatan. Sekitar jam 12.00pm, majlis perasmian dilaksanakan yang disertai dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh pengurus PI dan ucapan perasmian.
        1. Pada akhir majlis, penghargaan dan hadiah/cenderahati kepada peserta yang memenangi pertandingan serta beberapa cabutan nombor bertuah telah dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar Disini

 

2) Latihan Dashboard Komuniti, Microsoft Office, Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 14, 15 & 21.9.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 25 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

Aktiviti

        • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

        • Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.

          Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.

        • Peserta mencipta kad ucapan online (Hari Malaysia ke 56) menggunakan Ms Publisher untuk dimuat-naik dalam mykomuniti. Selain itu, Kuiz online (quiziz.com) berkaitan Sejarah Malaysia turut diberikan kepada peserta yang hadir untuk menambah ilmu pengetahun mereka berkaitan Malaysia.

Gambar Disini

 

1) Latihan Microsoft Office (Word, Publisher dll) Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 18, 19 & 24.8.2019

Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

12 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

        • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Powerpoint dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya .

Aktiviti

      • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus, papan kekunci, monitor dengan lebih cekap lagi.
      • Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.
      • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online berdasarkan latihan word yang diberikan serta menjawab soalan di Quizizz.

Gambar Disini

 

2) Promosi MyFreeview & Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Perbankan Online)

Tarikh : 1,4, 6, 7, 8, 9, 16, 19, 21 & 22.8.2019

Masa : 10.00 pagi - 11.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 23 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

        • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diberikan pendedahan mengenai Myfreeview TV berkaitan perkhidmatan, fungsi serta kelebihannya dan Flyers diedarkan kepada setiap peserta.
        • Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Selain itu, peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, membuat kertas kerja, jadual, brosur dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan.
        • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi serta mendaftar perbankan atas talian (Maybank2u & Bankislam.biz) yang membolehkan peserta menjual dan membeli secara online (lazada.com.my, shopee.com.my). Peserta turut melayari e-kerajaan berkaitan pendaftaran tahun 1 (https://public.moe.gov.my/).

Gambar Disini

 

3) Promosi MyFreeview & Dashboard Kamuniti - Myhealth Bersama Pusat Internet Jengka 3

Tarikh : 23.8.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  17 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

    • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat. Mempromosikan Myfreeview TV yang merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat.
    • Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri dengan memperkenalkan perkhidmatan sistemDashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

 

Aktiviti

  • Program dimulakan dengan mempromosikan Myfreeview TV berkaitan perkhidmatan, fungsi serta kelebihannya dan Flyers diedarkan kepada setiap peserta. Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. (Video Tip Penjagaan Kesihatan & Makanan Khasiat)

 

Gambar Disini

1) Program Klik Dengan Bijak (maklumat palsu di internet) & Dashbord Kamuniti - Myhealth Bersama Pusat Internet Jengka 3

Tarikh : 28.6.2019

Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

20 orang (Dewasa, Belia & Warga Emas)

Tujuan

      • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat. Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri dengan memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

Aktiviti

    • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. 

 

Peserta juga diberikan taklimat berkaitan maklumat palsu di internet atau media sosial (Klik Dengan Bijak) supaya mereka mendapat sedikit pendedahan dan tidak mudah tertipu dengan apa sahaja maklumat di media sosial.


Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Online)

Tarikh : 9,12,15 & 26.6.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 10 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

      • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
      • Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, membuat kertas kerja, jadual, brosur dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan.
      • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi. Selain itu, peserta turut mendaftar perbankan atas talian dan melayari e-kerajaan berkaitan IPT, Politeknik dll

Gambar Disini

 

3) Latihan Microsoft Office (word, publisher dll) Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 16, 17, 20, 22, 23, 24 & 30.6.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  41 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

  • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada peserta. Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan komputer dan internet dengan baik seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.
  • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari perisian Microsoft Word, Powerpoint & Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan kerja sekolah atau kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi penerangan berkaitan fungsi dan penggunaan pelbagai jenis perkakasan komputer.

 

Aktiviti

    • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
    • Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.
    • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word, Powerpoint & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online berdasarkan latihan word yang diberikan

 

Gambar Disini

1) Latihan Microsoft Office (word, publisher dll) Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 7, 14, 20 & 28.7.2019

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

37 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

        • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

Aktiviti

      • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
      • Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.
      • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online berdasarkan latihan word yang diberikan

Gambar Disini

 

2) Promosi MyFreeview & Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Perbankan Online)

Tarikh : 1,3,9,11,13,18 & 22.7.2019

Masa : 10.00 pagi - 11.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 15 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

Aktiviti

        • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diberikan pendedahan mengenai Myfreeview TV berkaitan perkhidmatan, fungsi serta kelebihannya dan Flyers diedarkan kepada setiap peserta.
        • Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya.
        • Peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, membuat kertas kerja, jadual, brosur dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan. Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi. Peserta turut mendaftar perbankan atas talian (Maybank2u & Bankislam.biz) dan melayari e-kerajaan berkaitan IPT, Politeknik, E-Perolehan dan sebagainya.

Gambar Disini

 

3) Promosi MyFreeview & Dashboard Kamuniti - Myhealth Bersama Pusat Internet Jengka 3

Tarikh : 19.7.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  22 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

    • Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti setempat. Mempromosikan Myfreeview TV yang merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat.
    • Meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan diri dengan memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti Pi kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myhealth, myplace dan lain-lain.

 

Aktiviti

      • Program dimulakan dengan mempromosikan Myfreeview TV berkaitan perkhidmatan, fungsi serta kelebihannya dan Flyers diedarkan kepada setiap peserta.
      • Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula, dan kaunseling kesihatan). Beberapa video kesihatan ditonton oleh peserta untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan harian. (Video Tip Penjagaan Mata & Makanan Tinggi Serat)

 

Gambar Disini

1) Program Ramadhan - Bacaan Yaasin, Promosi PI, Klik dengan Bijak & Myhealth

Tarikh : 21.5.2019

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 

29 orang (Dewasa, Belia & Warga Emas)

Tujuan

      • Mengeratkan hubungan dan mendekatkan Pi dengan komuniti setempat (Persatuan PAWE & GPW)
      • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan komuniti setempat tentang penjagaan kesihatan diri dan keluarga.
      • Memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan di Pi seperti cetakan, kelas komputer selain Dashboard Komuniti.

Aktiviti

      • Promosi PI & Klik dengan Bijak. Pemeriksaan Kesihatan (berat, tinggi, tekanan darah, bacaan gula,kaunseling kesihatan). Bacaan Yaasin diteruskan sempena menyambut bulan Ramadhan.

Gambar Disini

 

2) Latihan Microsoft Office (Word, Publisher dll), Pertandingan & Kuiz

Tarikh : 4, 30 & 31.5.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 24 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

 

Aktiviti

      • Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word & Publisher.
      • Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word & Publisher. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz online berkaitan bulan Ramadhan dan Syawal.

Gambar Disini

 

3) Kelas Keusahawanan (Gmail, Ms Office, E-kerajaan dan Online)

Tarikh : 9,11, 12, 16, 17 dan 25.5.2019

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta :  15 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

 

Aktiviti

    • Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan fungsinya seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan sebagainya. Peserta diajar menggunakan pelbagai jenis carian enjin seperti Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mencari maklumat/info.
    • Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta belajar menggunakan Ms Word untuk menaip surat, membuat kertas kerja, jadual, brosur dan lain-lain serta menggunakan Excel untuk menaip akaun kewangan.
    • Peserta menggunakan kemudahan Gmail untuk menghantar dokumen peribadi. Peserta mendaftar perbankan atas talian. Peserta melayari e-kerajaan berkaitan IPT, Politeknik dll

 

Gambar Disini