1) Program ICT Tahun 6 (Promosi PI, Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, Check Your Label, Mobile  e-waste, Dashboard Komuniti)

Tarikh : 16.11.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Makmal Komputer

Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 40 orang (Tahun 6)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui pelbagai aktiviti yang diadakan di Pusat Internet serta mereka dapat penjelasan berkaitan program-program yang diadakan. Pelajar-pelajar juga diberikan soalan kuiz yang berkaitan Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, Check Your Label, Mobile  e-waste, Dashboard Komuniti untuk menguji tahap kefahaman mereka.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang latar belakang serta kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang cara mencari info dan maklumat dengan melayari internet serta kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak). Petugas menerangkan berkaitan sebenarnya.my, Mobile E-waste, Check Your Label dan tayangan video berkaitan setiap topik dimainkan untuk memudahkan lagi peserta memahami setiap topik pembelajaran.
  1. Peserta juga diberikan pendedahan berkaitan Dashboard Komuniti dimana mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan komuniti setempat melalui Dashboard Komuniti. Seterusnya peserta menjawab soalan kuiz yang berkaitan Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, Check Your Label, Mobile e-waste dan Dashboard Komuniti (Teka Silang Kata). Diakhir program, sedikit cenderahati diberikan kepada semua peserta dan hadiah diberikan kepada pemenang yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan ( Perbankan Online, FB, Gmail, Ms Office, Movie Maker dan Online)

Tarikh : 5, 8,10, 12, 14, 19, dan 29.11.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 15 orang (18 tahun ke atas )

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, mencipta video, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.

 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang latar belakang serta kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang cara mencari info dan maklumat dengan melayari internet serta kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak). Petugas menerangkan berkaitan sebenarnya.my, Mobile E-waste, Check Your Label dan tayangan video berkaitan setiap topik dimainkan untuk memudahkan lagi peserta memahami setiap topik pembelajaran.
  1. Peserta juga diberikan pendedahan berkaitan Dashboard Komuniti dimana mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan komuniti setempat melalui Dashboard Komuniti. Seterusnya peserta menjawab soalan kuiz yang berkaitan Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, Check Your Label, Mobile e-waste dan Dashboard Komuniti (Teka Silang Kata). Diakhir program, sedikit cenderahati diberikan kepada semua peserta dan hadiah diberikan kepada pemenang yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diberikan.

Gambar Disini

1) Kelas Keusahawanan, Ms Office, Movie Maker dan Online

Tarikh : 11, 13, 17 19 dan 23.10.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 10 orang

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan perisian ICT, Microsoft office, mencipta video, emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online.


Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info.

  1. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran bagi urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta juga diajar untuk mencipta video menggunakan perisian movie maker dengan memasukkan captian, gambar dan menggabungkan video-video serta muzik latar yang bersesuaian.

Gambar Disini

 

2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office, Movie Maker & Online

Tarikh : 6, 7, 13, 20, 27 dan 28.10.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 55 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus. Peserta juga dapat mencipta video menggunakan perisian movie maker mengikut kreativiti mereka.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta turut diajar menggunakan Ms Publisher untuk mencipta kad ucapan online mengikut kreativiti masing-masing. Manakala MS Power Point, peserta diajar tentang mencipta slide presentation yang menarik bagi meningkatkan tahap kemahiran ICT mereka.
  2. Peserta juga diajar untuk mencipta video menggunakan perisian movie maker dengan memasukkan captian, gambar dan menggabungkan video-video serta muzik latar.

Gambar Disini

1) Pertandingan Cross Word, Word Search, Word Scramble & Puzzle Online Raya & Merdeka 2018

Tarikh : 18 & 26.8.2018  

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 19 orang pelajar SK & SMK

Tujuan

Pertandingan ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan Hari Raya Korban dan Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun serta meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap perayaan tersebut.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak).

  1. Peserta diminta untuk membentuk 4 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 3 set soalan berkaitan Hari Raya Korban yang terdiri daripada Crossword, Word Search dan Word Scramble. Kemudian mereka diminta untuk menyiapkan gambar Hari Raya Korban secara online (www.jigsawplanet.com). Kumpulan yang menyiapkan kesemua tugasan dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang.
  1. Manakala, untuk pertandingan Hari Kebangsaan, beberapa orang peserta diminta untuk menyiapkan Crossword berkaitan Hari Kebangsaan dan 3 orang peserta yang paling cepat dan tepat menjawab soalan tersebut dikira sebagai pemenang.

Gambar Disini

 

2) Kelas Keusahawanan, E-pembelajaran dan Online

Tarikh : 1, 9, 10, 16, 25 dan 29.8.2018

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 12 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan.

 

Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer, google chrome dan mozilla firefox untuk mencari maklumat/info.

  1. Peserta (usahawan) belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran bagi urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Bagi peserta kategori belia lepasan SPM, Matrikulasi dan STPM – melayari website yang berkaitan untuk mengisi permohonan online IPT, permohonan pinjaman pendidikan, biasiswa dan sebagainya.

Gambar Disini

1) Latihan Dashboard Komuniti (Mykomuniti, Myshop, Myhealth, Mysoal dll)

Tarikh : 10, 15, 27, dan 28.9.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 orang ( 18 thn ke bawah)

                              5 orang (dewasa)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.

  1. Petugas PI turut memperkenalkan modul-modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti iaitu my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.
  1. Peserta-peserta membuat ucapan sempena Awal Muharram dan Hari Malaysia dalam Mykomuniti.

Gambar Disini

 

2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (Word, Publisher) & Online

Tarikh : 1, 8, 10, 15, 17, 22, 23 dan 29.9.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 63 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Power Point dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

  1. Manakala Microsoft Power Point dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan fungsi dan kelebihan perisian tersebut supaya mereka dapat mengaplikasikan perisian tersebut ketika di sekolah.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word dan Publisher seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  2. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Power point dimana mereka mereka slide untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah.

Gambar Disini

1) Promosi Pi1M, KDB & Ewaste

Tarikh : 7, 8 dan 28.7.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 36 orang pelajar SK

Tujuan

Program e-waste yang dianjurkan oleh SKMM, - memberi penjelasan tentang kelebihan-kelebihan program e-waste dalam membentuk masyarakat untuk mencintai alam sekitar. Disamping menerangkan bahaya e-sisa kepada kesihatan dan persekitaran.

  1. Program Klik dan Bijak tip-tip untuk Remaja turut dilaksanakan. Penerangan tentang kebaikan dan kelemahan penggunaan ICT mengikut kesesuaian pengguna/pelatih.

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang maksud Klik Dengan Bijak, perkara-perkara yang perlu diingati ketika melayari internet, baik dan buruk penggunaan internet jika tidak berwaspada dan sebagainya.

  1. Peserta juga dapat mengetahui tentang cara pengurusan e-sisa dengan lebih baik untuk menjaga kesihatan dan alam sekitar. Tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak juga ditayangkan sepanjang taklimat diberikan untuk memudahkan peserta memahami dengan lebih baik.
  1. Pertandingan jigsaw puzzle, beberapa soalan kuiz berkaitan KDB dan e-waste turut diberikan untuk menguji pemahaman peserta dan hadiah saguhati diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Gambar Disini

 

2) Microsoft Office (Word, Publisher) & Online

Tarikh : 1, 7, dan 21.7.2018 & 1, 15, 22 dan 29.7.2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari & 3.00 ptg – 4.00 ptg

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : Lebih kurang 48 orang pelajar SK & SMK

(7 hingga 17 tahun)

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, power point dan publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

  1. Manakala Microsoft Power Point dan Excel dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan fungsi dan kelebihan perisian tersebut supaya mereka dapat mengaplikasikan perisian tersebut ketika di sekolah.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk carta pai, carta bar, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
  1. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Microsoft Word. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Power point dimana mereka mereka slide untuk digunakan ketika sesi pembelajaran di sekolah.

Gambar Disini