1) Program Bacaan Yaasin, Promosi, Klik dengan Bijak, Ewaste & Dashboard Komuniti (Myhealth)
Tarikh : 6.6.2018 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 25 orang wanita & 40 tahun ke atas |
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta untuk belajar menggunakan ICT seperti belajar mengaji dan mendengar ceramah menggunakan youtube. Selain itu, mereka turut dimaklumkan dengan perkhidmatan lain yang terdapat di PiM seperti ihealth (pemeriksaan kesihatan tekanan darah & berat), Tips Keibubapaan (Klik Dengan Bijak) serta kebaikan Mobile E-waste. Aktiviti Petugas mempromosikan keahlian dan menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Pi1M. Majlis bacaan Yaasin diteruskan selama 1jam dan diketuai oleh Puan Radziah Bt Ibrahim.
|
2) KDB dan Pertandingan Online Raya
Tarikh : 22 & 23.6.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 10 Orang (9 hingga 12 tahun) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menaip pantas dan kecekapan menyusun gambar raya secara online. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak).
|
1) Latihan Keusahawanan (Online & Microsoft Office)
Tarikh : 16, 17, 22, 23, 24, 28 dan 30.5.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 30 orang pelajar SMK dan Belia |
Tujuan Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti ikm, politeknik, matrikulasi dan sebagainya. Aktiviti Peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer dan google chrome untuk mencari maklumat/info. Peserta belajar mencipta akaun emel untuk memudahkan pendaftaran bagi urusan-urusan rasmi kerajaan dan sebagainya. Peserta juga diberi pendedahan dan tatacara untuk membuka laman web rasmi kerajaan seperti www.mara.gov.my dan www.yp.org.my. |
2) KDB dan Program Ramadhan 1439H
Tarikh : 20 & 26.5.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 12 Orang (9 hingga 12 tahun) |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah untuk menghayati pengertian Ramadhan dengan menjawab soalan-soalan kuiz berkaitan bulan puasa. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran carian maklumat menggunakan internet agar mereka dapat mengaplikasikannya ketika belajar disekolah. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan kuiz yang berkaitan Bulan Ramadhan untuk menambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan Rukun Islam Ke-3. Aktiviti Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (Klik Dengan Bijak). Peserta diberi pendedahan tentang cara mencari info dan maklumat dengan melayari internet. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Publisher seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Peserta diminta untuk mereka kad ucapan Salam Ramadhan menggunakan template yang telah disediakan. Pelbagai teknik diberikan kepada mereka untuk menghasilkan kad tersebut. Seterusnya peserta menjawab soalan kuiz yang berkaitan bulan Ramadhan (Teka Silang Kata) dalam masa sejam. |
3) Latihan Dashboard Komuniti (Mykomuniti, myshop, myhealth, mysoal dll)
Tarikh : 12, 13, 14, 15 & 26.5.2018 Masa : 3.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 20 orang (13 tahun ke atas) |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PiM iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PiM yang menyediakan satu platform kepada ahli PiM untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3. Aktiviti Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Petugas PiM turut memperkenalkan modul-modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti iaitu my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain. Seterusnya, petugas menjelaskan tentang peraturan pertandingan Dashboard Komuniti (myshop) dan peserta-peserta diminta untuk menyertainya dengan menjawab 20 soalan berkaitan myshop. |
1) Program Promosi PI dan Dashboard Komuniti PI
Tarikh : 6,8, 22 dan 23.3.2018 Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi & 10.30 pagi – 11.30 pagi Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 20 Orang |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain. Aktiviti Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.
|
2) Kelas Keusahawanan (Emel & E-Kerajaan)
Tarikh : 8,13 dan 29.3.2018 Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 30 Orang (20 tahun ke atas) |
Tujuan Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menggunakan emel dan cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti www.public.moe.gov.my Aktiviti Peserta diberikan pendedahan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan tetikus, papan kekunci dan sebagainya. Kemudian peserta diajar menggunakan carian enjin internet explorer dan google chrome untuk mencari maklumat/info.
|
3) Program Kategori : 18 tahun ke bawah (SK & SMK)
Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (word &power point) & Online (emel)
Tarikh : 3, 4, 10, 20 dan 23.3.2018 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : Lebih kurang 45 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun) |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
|
1) Program Hari Bersama Komuniti PI
-Taklimat KDB, Mobile e-waste, Dashboard Komuniti, fotografi produk, pemeriksaan kesihatan, kuiz dll
Tarikh : 30.4.2018 Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang Lokasi : Perkarangan Pusat Internet Felda Jengka 2 Jumlah Peserta : 230 Orang |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah untuk mempromosi PI, memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti My Komuniti, My Soal, My Skool, My Shop, My Health, My Place dan lain-lain. Selain itu, untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang Klik Dengan Bijak, laman sesawang Sebenarnya.my serta kepentingan Mobile e-waste. Aktiviti Program bermula dengan pendaftaran pengunjung. Kemudian disusuli dengan aktiviti senamrobik, sukaneka, dan pelbagai kuiz/pertandingan di booth PiM.Seterusnya taklimat Klik Dengan Bijak diberi penjelasan oleh petugas PI untuk memberi kesedaran tentang penggunaan internet (klik Dengan Bijak) tip-tip melayari internet dengan bijak, juga mewar-warkan laman sesawang Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita yang tular di media dan internet.
|
2) Program Promosi PI dan Dashboard Komuniti PI (iHealth)
Tarikh : 3,14,17 dan 29.4.2018 Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 20 Orang |
Tujuan Program ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat memahami dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3. Aktiviti Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Peserta juga diminta mencuba untuk membuat hebahan atau aduan yang berkaitan.
|
3) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (word, p.point & excel) & Online
Tarikh : 1, 7, 14, 21, 22, 28 dan 29.4.2018 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : Lebih kurang 50 orang pelajar SK & SMK (7 hingga 17 tahun) |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi untuk kegunaan mereka ketika disekolah. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk carta pai, carta bar, dan memasukkan gambar yang diambil di laman web.
|
1) Program Promosi PI dan Dashboard Komuniti PI
(Taklimat kesihatan & i-health)
Tarikh : 8 dan 15.2.2018 Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 20 Orang |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain. Aktiviti Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu berkaitan kesihatan
|
2) Kelas Pengenalan Perkasasan Komputer, Microsoft Office (word & excel) & Online (emel)
Tarikh : 3, 4, 10, 11, 12, 19 dan 24.2.2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari & 4.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 68 Orang (SK & SMK) |
Tujuan Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi. Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.
|
3) Kelas Keusahawanan
Tarikh : 1 & 6, 8, 11, 23 dan 27 Februari 2018 Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari & 4.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 15 Orang (18 tahun ke atas) |
Tujuan Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan belia, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT. Aktiviti Peserta diberikan pendedahan tentang cara menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan kertas kerja, buku program serta teks ucapan untuk majlis atau program yang mereka uruskan. Peserta turut belajar menghasilkan surat rasmi serta meningkatkan tahap kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word.
|